Sunday, May 11, 2008

Musim candat sotong bermula di Terengganu

Sotong, enak di masak singgang kalau segar, goreng celup tepung kalau besar, sotong goreng halia kalu nak buang angin, sotong masam manis kalau demam tak ada selera. Sedap sampai tergolek. Sotong kat pasar melambak, tapi kalau boleh tangkap (candat) sendiri kan bagus. Dari laut terus ke dapur. Kenapa tak boleh?? Semua orang boleh candat sotong, tua,muda,kanak-kanak semua boleh. Tak percaya cuba lah. Yang penting ada keazaman dan tawakkal. Kepandaian adalah yang kesepuluh. Percayalah...

Perkara utama yang perlu diatasi adalah 'mabuk free'. Inilah mabuk yang dihalalkan dalam Islam. Tempoh jangkamasa yang lama ditengah laut dan dalam keadaan bot berhenti adalah satu penyiksaan kepada 'penggigit birai bot' ini. Mabuk laut adalah dimana satu keadaan 'pengidapnya' terasa satu dunia berkeadaan hanyut dan tekanan angin didalam perut memaksa apa yang ada didalam perut untuk keluar, bukan atas kehendak 'pengidapnya' . Ianya belaku secara spontan dan tidak dijangkakan. Pengalaman merasainya amat menyiksakan, terasa urat perut bagai ditarik keluar secara paksa dan ditekan oleh satu kuasa yang amat dahsyat. Diikutkan hati, maunya terjun kedalam laut dan terus berenang kepantai apabila permintaan untuk balik ke pengakalan disangkal oleh ahli lain yang sedang rancak menaikkan sotong seekor demi seekor dan paling di gerami, air dakwat sotong terpercik kemuka semasa sedang kita 'enak melayani mabuk'. Eeeeee.... tak bersimpati langsung!!!.

Faktor ini lah yang membatasi penyertaan dalam aktiviti ini yang amat merugikan kepada peminat sotong. Tahu kah anda, mabuk laut boleh dikawal dan dielakkan ?.